Sunday, July 21, 2013

Link : http://anuox.blogspot.com/

TUESDAY, MAY 7, 2013

Cha Ya Nun Alip

Di negara-negara barat, banyak orang gunakan hukum Godwin untuk mematikan hujah pihak lawan. Secara kasarnya, hukum Godwin ni akan memutarbelitkan butir bicara musuh supaya mereka nampak seperti menyokong shoah (holokus) yang dilakukan oleh Nazi. Contohnya:

"Pinjam basikal."

"Mana boleh, basikal ni abah belikan untuk aku, bukan untuk kau."

"Ah, kedekut. Mentang-mentang aku takde basikal, kau tindas aku. Kau tak ubah seperti Nazi."

GODWIN. Dan si empunya basikal pun rasa terpaksa meminjamkan basikal beliau.


Di Malaysia pun ada sejenis hukum yang seakan-akan hukum Godwin yang ramai orang gunakan dengan harapan melenturkan hujah pihak lawan. Hukum ni aku namakan Hukum Kau Makan Babi (KMB). Senang je nak gunekan hukum ni. Contohnya:

"Kami inginkan hak sama rata seperti orang Melayu."

"Ah diam! Kau memang kuat makan babi!"

"Tapi, itu takde kai--"

"DIAMLAH! Makan babi banyak sangat la tu!"

"Minta maaf kalau saya makan babi, tapi agama saya tak melarang saya makan babi. Agama awak yang larang. Jadi apa kata awak lucutkan isu makan babi, dan beri saya jawapan yang relevan dan berilmiah."

"Ish kau ni, nak gunakan logik akal, pergi tempat lain la. Kat sini, hujah munasabah tidak diterima. Kau makan babi!"

Tamat perdebatan. Bangga betul dia sebab dapat kutuk orang makan babi.

Saya menyeru saudara-saudari, kalau rasa-rasa dah nak kalah perdebatan, gunekan hukum KMB, pasti kau terus menang dengan gilang-gemilang.

ps: Kepada rakan-rakan Cina, ingin saya beritahu di sini bahawa ungkapan 'cha ya nun alip' bermaksud 'Cina' dalam ejaan jawi. Selalunya orang yang tulis 'cha ya nun alip' ingin menyampaikan mesej berbaur perkauman tanpa dikesan orang cha ya nun alip. Ye, saya pun sedih dengan bangsa saya sendiri.